Friday, May 23, 2008

Tanggungjawab Besar Menanti Dr Hassan Ali

Tahniah atas pelantikan Dato' Dr Hasan Ali sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Ini selaras dengan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, sebuah portfolio yang penting. Pelantikannya diperkenan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pelantikannya itu memang wajar justeru beliau mempunyai kelayakan dan kemampuan memikul amanah 'menyemarakkan' suasana keagamaan di negeri Selangor, sesuai dengan kedudukannya sebagai negeri Lembah Klang yang kosmopolitan. Sudah pasti pelbagai cabaran akan dihadapinya dalam meneruskan visinya. Tetapi tokoh seperti beliau dengan penasihat dan para pegawainya yang berkemampuan, serta juga bantuan daripada pelbagai pihak yang arif mengenai agama, tidak sukar beliau menghadapi cabaran itu dan mempunyai peluang besar untuk berjaya.

No comments: