Monday, March 30, 2009

Terkenang Semasa Dulu...


Terkenang semasa dulu...hatiku merasa rindu...petikan dari lagu Allahyarham R Azmi membuatkan hati merasa sayu.Walaupun nukilannya bukanlah seperti apa yang ingin aku zahirkan tetapi irama yang mendayu-dayu membuatkan aku terasa sedih,sebak mungkin juga rindu...rindu yang teramat sangat.


Rindu pada zaman yang pernah aku lalui.Suatu masa yang tidak mungkin boleh diulang kembali.Suatu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupai.Adakah kita mempunyai ingatan yang sama?Atau hanya igauan semata-mata.

Semua ini memberikan aku satu kenangan....kenangan yang tak mungkin aku lupakan.Ataupun satu pengajaran...pengajaran untuk aku meneruskan kehidupan.Sebuah kehidupan yang tidak aku jangkakan.Satu aliran hirarki hidup dimana aku perlu teruskan.Tidaklah dapat aku pastikan...bahawa di sepanjang perjalanan yang penuh dengan dugaan yang sama sekali diluar jangkaan aku yang bernama insan, adakah hari mendatang hadirnya bersama kejayaan atau hanya sekadar kegagalan disebalik angan-angan.

Kadangkala aku buntu.Buntu apabila memikirkan tentang apa yang berlaku.Seringkali persoalan ini bermain...Adakah ini Qada dan Qadarku?Ya Allah bantulah hambamu, dalam mencari hidayah daripadamu,tingkatkanlah kesabaranku.

Kebahagian...tidak layakkah aku mengecap nikmat ini?Adakah aku harus menunggu dan terus menunggu?Apakah insan kerdil sepertiku ini tidak layak menerimanya?Tetapi sekiranya ia menjelma adakah aku kan bahagia?

Sesungguhnya aku tidak tahu apakah yang aku perlu, perlukah aku tahu apa yang aku perlu, tahukah aku apa yang perlu aku tahu, atau perlukah aku mengambil tahu apa yang aku sendiri pun tidak tahu?...Kita hanya mampu berdoa dan merancang..Allah jua yang menentukan..

Saturday, March 28, 2009

Tak Seindah Sentuhan Mata


Sekeping hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkan mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Indahnya Hidup


Alangkah indahnya hidup ini
Bila seisi didunia
Dibawah naungan Islam
Dan pembela agama kebenaran

Alangkah indahnya hidup ini
Insan berkelana kembali
Pemimpin menjadi payung
Dari panas mentari

Diwaktu itu pasti terjadi ulama menerangi alam
Si kaya menabur bakti membantu perjuangan Ilahi

Alangkah indahnya hidup ini
Pemudanya memagar negeri
Pemudi tiang negara
Pertahankan keamanan dunia

Oh... alangkah indahnya
Jika ia menjadi nyata
Bersama kita berdoa
Moga segera ia terjadi