Rindu pada zaman yang pernah aku lalui.Suatu masa yang tidak mungkin boleh diulang kembali.Suatu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupai.Adakah kita mempunyai ingatan yang sama?Atau hanya igauan semata-mata.
Semua ini memberikan aku satu kenangan....kenangan yang tak mungkin aku lupakan.Ataupun satu pengajaran...pengajaran untuk aku meneruskan kehidupan.Sebuah kehidupan yang tidak aku jangkakan.Satu aliran hirarki hidup dimana aku perlu teruskan.Tidaklah dapat aku pastikan...bahawa di sepanjang perjalanan yang penuh dengan dugaan yang sama sekali diluar jangkaan aku yang bernama insan, adakah hari mendatang hadirnya bersama kejayaan atau hanya sekadar kegagalan disebalik angan-angan.
Kadangkala aku buntu.Buntu apabila memikirkan tentang apa yang berlaku.Seringkali persoalan ini bermain...Adakah ini Qada dan Qadarku?Ya Allah bantulah hambamu, dalam mencari hidayah daripadamu,tingkatkanlah kesabaranku.
Kebahagian...tidak layakkah aku mengecap nikmat ini?Adakah aku harus menunggu dan terus menunggu?Apakah insan kerdil sepertiku ini tidak layak menerimanya?Tetapi sekiranya ia menjelma adakah aku kan bahagia?
Sesungguhnya aku tidak tahu apakah yang aku perlu, perlukah aku tahu apa yang aku perlu, tahukah aku apa yang perlu aku tahu, atau perlukah aku mengambil tahu apa yang aku sendiri pun tidak tahu?...Kita hanya mampu berdoa dan merancang..Allah jua yang menentukan..
No comments:
Post a Comment