Tuesday, May 13, 2008

Besar Erti Kasihmu


Sukar nak diungkapkan dengan kata-kata, segala pengorbanan yang tak ternilai tak mampu nak ku balas..selalu basah air matamu dikala doa dipanjat kehadrat Illahi..mohon anak-anakmu jadi anak yang Soleh & Solehah..mohon kesejahteraan anak-anakmu..mohon anak-anakmu berjaya di dunia dan akhirat.. syahdu kurasa bila jauh darimu..tersentuh hatimu..tersentuh jua hatiku..tanpa doamu mungkin aku bukan lagi aku sekarang..mungkin aku jadi macam-macam aku lagi yang aku tak tahu..syukur ku panjatkan padamu Ya Allah kerana aku dikurniakan ibu sepertimu..ampunilah daku Ya Allah..kasihanilah aku Ya Allah.. ampunilah dosaku..Ya Allah..ampunilah dosa Ibuku..dosa Ayahku....jasa, kasih, perngorbanan tiada tolok dan bandingnya..yang teramat sukar untukku balas..Selamat Hari Ibu..untuk Emak..yang aku kasihi & sayangi.

No comments: