Monday, May 19, 2008

Wajah Dunia Kita



Hari ini, dunia kita masih berduka. Pesta perang umat manusia yang digelar Amerika di Iraq dan Afganistan belum lagi menampakkan tanda akan berakhir, paluan gendang perang kini kembali ditiupkan di Gaza dan Lebanon Selatan. Umat Islam, masih bertubi-tubi menanggung penderitaan yang berpanjangan. Berdasarkan hasil penelitian ORB: Opinion Research Business - the Independent Institute for Administration and Civil Society Studies (IIACSS, selama masuk Amerika di Iraq, lebih dari sejuta warga Iraq telah terkorban, empat juta kehilangan tempat tinggal sedang hampir separuhnya telah berhijrah ke negara jiran. Muslim di Palestin, sudah tentu lebih teruk dari itu, setiap hari para pemerhati mencatatkan angka kematian yang semakin melonjak.Persoalannya adakah kita masih mahu berdiam diri.Sanggupkah suatu hari nanti mungkin nasib kita, anak cucu kita akan menjadi seperti nasib umat Islam di Iraq, Afganistan dan Palastin. Sungguh mengharukan jika suatu hari nanti kita juga akan dilayan seperti haiwan oleh Amerika dan konco-konconya. Maka amat perlunya kita semua bersatu atas dasar perjuangan menegakkan Ad-Din yang kita cintai yang sudah tentu sekali asas bagi perjuangan ini adalah kemahuan, kelayakan dan keberanian dalam menegakkan keadilan & menentang kezaliman.

No comments: