Saturday, May 3, 2008

Waktu Terbaik Mendidik Anak


Kadang-kadang kita alpa, lupa untuk menjenguk apatah lagi untuk mendidik anak-anak. Ini ada panduan waktu terbaik mendidik anak iaitu:-

1) Selepas sembahyang 5 waktu. Waktu ini ibubapa perlu ambil kesempatan menyampaikan didikan kepada anak-anak. seelok-eloknya selepas sama-sama solat berjemaah.

2) Selepas membaca Al-Quran. Waktu ini jiwa anak-anak sedang lembut dan mudah menerima ilmu serta didikan.

3) Sebelum anak-anak tidur. Pesanan yang diberi kepada anak-anak sebelum tidur akan memberi kesan kepada hatinya.

4) Semasa anak-anak tidur. Bercakap-cakaplah kepada anak kita kerana rohnya sedang mendengar. Ini satu kaedah yang berkesan untuk melembutkan hati anak.

5) Selepas anak mandi. Waktu ini anak akan berasa segar dan selesa dan amat sesuai untuk memberi teguran dan didikan sambil disulamkan dengan pujian "abang hensem @ kakak comel".Moga-moga panduan ini dapat memberikan peringatan kepada saya dan juga sahabat semua.



No comments: