Ini jelas menggambarkan bahawa kebanyakan negara-negara Islam tidak mengamalkan Islam sebenar, Malaysia pun sama, Negara Islam Hadhari yang dicanang menyaksikan kian ramai muda-mudi yang runtuh akhlak dan moral, barua penghakis wang rakyat terus diangkat, orang yang berjuang demi keamanan dan keadilan akan ditangkap dan disumbat ke dalam ISA (sebuah tempat tahanan tanpa perlu dibicarakan di mahkamah). Internal Security Act jadi alat menakut-nakutkan rakyatnya yang memang nyata satu akta yang tidak adil kerana seseorang itu boleh ditahan tanpa perlu merujuk kepada mahkamah terlebih dahulu.
Harapan aku moga akta zalim ini akan dihapuskan, kerana pada hemat aku perjuang rakyat tulin akan terus berjuang memastikan akta ini suatu hari nanti akan berkubur bersama terkuburnya politik songsang di Malaysia yang kita cintai ini.
No comments:
Post a Comment