Tuesday, August 11, 2009

JEJAK ILMUAN EDAR 100 POSTER HANYA KLIK : SKIM BERKAT KEPADA PPAS


Penulis : Noorul Izan Ahmad Suki


Shah Alam – Jejak Ilmuan kali ini berkesempatan untuk mengedarkankan 100 buah poster untuk lebih dimanafaatkan lebih daripada 100 buah perpustakaan di negeri selangor semasa membuat kunjungan ke Ibupejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), yang bertempat di Shah Alam baru-baru ini.

Ianya satu pengalaman yang cukup menarik untuk dikongsi . Satu strategi dakwah telah diatur dalam memastikan setiap perpustakaan dibawah selian PPAS mendapat maklumat yang sewajarnya berkaitan operasi kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Dakwah & Kutipan, LZS , Puan Hajjah Adibah Abdul Wahab “LZS berhasrat untuk terus memastikan informasi berkaitan dengan zakat dapat disalurkan dengan sebaik mungkin keseluruh premis kerajaan dan swasta di seluruh negeri Selangor”.

Ia bukan sahaja berwajah baru, apa yang lebih penting peranan yang dimainkan oleh PPAS dalam menjadi hub masyarakat yang dapat membina kekuatan spiritual, emosi dan intelektual individu melalui persekitaran yang kondusif dan pembelajaran yang dinamik amat jelas dipamerkan semasa kami membuat kunjungan ke sana.

“Peranan PPAS dalam memartabat budaya membaca kepada masyarakat tidak boleh dipandang enteng kerana tuntutan mencari ilmu adalah suatu perkara yang wajib. Kita berharap PPAS bakal menjadi pusat tumpuan bukan sahaja menelaah buku tetapi memanfaat kemudahan internet 24 jam, cd lagu, pinjaman vcd filem, kafetaria dan banyak lagi”.

“Kami berharap dapat menjayakan hasrat LZS dalam memastikan informasi Zakat tersampai di setiap PPAS seluruh Negeri Selangor.” jelas Pengarah PPAS, Puan Mastura Haji Mohamad.

No comments: