Tuesday, August 11, 2009

JEJAKI ILMUAN DI KALANGAN PENGAMAL MEDIA

Penulis : Mohd Fahmi bin Idris

Shah Alam – Bahagian Majikan, JDK melalui program Jejak Ilmuan kali ini berkunjung ke Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB). Tujuan program ini dianjur untuk merapatkan jalinan ukhwah dan memantapkan strategi dakwah bersama para Ilmuan dikalangan pengamal media.

Kunjungan Jejak Ilmuan ke GISB di Kota Damansara disambut mesra oleh Cikgu Murad. Pejabat berkembar 2 pintu setinggi 3 tingkat ini merupakan Pusat Pentadbiran yang terbaru yang sebelum ini beroperasi Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. GISB terkenal dengan menghasilkan karya popular di rancangan televisyen antaranya JULIA dan CINTA MADINAH serta penerbitan majalah ANIS.

“Kami sangat gembira dan terkesima dengan kehadiran pegawai LZS. Kami melihat pembabitan LZS dewasa ini sangat berkesan khusus dalam mempromosikan Zakat di media.” Antara intipati ucapan aluan dari Pengarah Urusan syarikat, Ustaz Abu Hassan Murad atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Murad di kalangan kakitangan dan kenalan rapat beliau.

Program ini memberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan melihat pendekatan ilmu digarap untuk manfaat ummah. Semoga program ini dapat memberi maklum balas khususnya idea baru dalam memastikan perlaksanaan kutipan dan agihan di LZS dapat dijalankan dengan lebih baik.

Menurut Ketua Bahagian Majikan JDK, Azhar Yahya Arif, kunjungan ini merupakan kunjungan pembinaan perkongsian strategik dalam memantapkan dakwah zakat. “Ianya perkongsian maklumat yang lebih khususnya kepada bidang penulisan dan penerbitan yang merupakan antara cabang penting penyampaian maklumat kepada masyarakat’. Ujar beliau.

InsyaAllah beberapa siri usahama LZS bersama GISB sedang giat diatur, antaranya program Kembara Semarak Ramadhan yang akan muncul tidak lama lagi bersempena hadirnya bulan Ramadhan Al-Mubarak.










No comments: