Monday, April 27, 2009

PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA


Pelik sebenarnya bila kita tengok tv, akhbar hari ini pemimpin kita walaupun bukan dalam musim pilihanraya umum, masing-masing mula menunjukkan kegelabahan mereka untuk merakyatkan diri dalam jiwa rakyat. Tok Jib dah mula nampaknya tak geli minum digerai yang dulunya tak class gitu, tapi kini dah jadi macam club high class. Tahniah Tok Jib..semuanya masih belum terlambat kerana pintu taubat masih belum tertutup.

Tok Din plak mula dok sebok nampaknya nak pinda perlembagaan parti..biar ada improvement skit baru bangsa jadi maju. Kalau dok takuk lama, bantai skit tak bleh. Tegur skit jauh sekali awal lagi anda bakal dipancung. Harapannya agar dalam UMNO khususnya mampu untuk berubah kearah yang lebih baik. Kembalilah ke pangkal jalan. Berjuanglah dengan ikhlas dengan berlandaskan syariat yang menuntut kebaikan duniawi dan ukhrawi. InsyaAllah anda pasti selamat. Kerana kita hari ini kita semua sedia maklum bahawa kudis buta yang dulunya tidak pernah dirawat, kini dah mula mengeluarkan bisa yang bernanah.

Yang bukan dalam grup kat atas ni plak jangan la perasan diri tu macam wali. Kekadang gambaran yang dibawa seolah-olah diri tu hebat. Jangan gebang je. Kawan aku si Dino pernah cakap.."Nak cakap skang ni bro kena ada fakta". "Auta-auta bleh blah.." bagi yang dah pernah buat kerja tak berfaedah jenis "gebang"..anda juga masih belum terlewat untuk improve diri..hehe

Allah SWT ada berfirman yang membawa maksud "Berlumba-lumbalah kamu memohon keampunan daripada Tuhan kamu, Syurga yang meliputi luas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa". Bersama kita koreksi diri..


No comments: