
Peranan media membentuk karakter bangsa, semakin dihimpit sukar. Teringat aku pada Tok Kadir Jasin dalam ceramah beliau di BERNAMA bulan lepas yang aku hadiri. Ujarnya "adalah hampir mustahil bagi media untuk membentuk karakter bangsa di Malaysia dalam kepelbagaian budaya bangsa yang berbeza". Apakan tidak kalau kita lihat dalam 117 saluran tv di Astro hanya terdapat satu sahaja iaitu saluran Astro Oasis yang melawan arus untuk tidak menyiarkan saluran berasaskan hiburan. Jadi tidak hairan Karakter budaya bangsa Malaysia pada hari ini lebih kepada karakter budaya berhibur sehinggakan cara makan, berpakaian, mandi, tidur semua nak tiru gaya selebriti yang digilai. Selsema Babi di Amerika dikhuatiri jadi Selsema Babe di Malaysia..bersama kita fikirkan tentang Ice-Ice babe..huhuhu..
No comments:
Post a Comment